.

.
AKHLAK BUKAN PAPARAN MATA TAPI PAPARAN HATI

Tuesday, 3 February 2015

pinjaman 20 hari


Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia


(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…


assalamualaikum....

setelah lama tidak meng'update'kan blog... kini azie kembali semula...
sukar untuk mengambarkan perasaan hati sebak, sedih dengan kehilangan adik nonat. berbalik pada fitrah hidup, setiap yang bernyawa pasti akan rasa mati cuma tidak tahu bila, bagaimana, dimana, dan siapa.
allah lebih menyanyangi adik nonat dari kami sekeluarga. 

adik nonat bukan kucing yang dibeli dan dah di pisahkan dari ibunya, tetapi adik nonat kucing yang berpelesaran di luar dan sudah mula di tinggalkan oleh ibunya. setiap kali hujan, setiap kali itu juga dia tumpang berteduh di belakang rumah. dua kali percubaan untuk menangkapnya, tetapi usaha bertemu kegagalan. namun, kami tidak berputus asa, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.  sudah tertulis memang kami akan dapat menjaganya, ibu tidur dan terdengar bunyi suara kanak2 yang mahu menangkap anak kucing itu. lalu ibu bangun dengan pantas, terlihat di kepung oleh sekumpulan kanak2 nakal. ibu pon meminta mereka memberi anak kucing itu, kerana anak kucing itu emaknya adalah kucing ibu. dan mereka memberi pada ibu, kerana ibu tahu mereka tidak akan dapat menjaga dengan sebaik mungkin. dan sebab itu ibu terpaksa menipu mereka.

sebaik sahaja aku sampai di tempat kerja, ibu menelefon aku. dan memaklumkan nonat ada dengannya., dan meminta jiran kami datang untuk menjinakkan nonat. jiran kami datang ke rumah dan melihat keadaan nonat perasaannya masih  tidak stabil, dan mereka membiarkannya sehingga tenang. selepas aku balik dari kerja, akulah mula mengambilnya, menjinakkannya, memanjakannya.. lelap di dadaku sehinggakan membuat adik kembang (kuning) cemburu. ke esokkan harinya kami keluar membeli sangkar baru untuknya. bukan main riang nampaknya dapat rumah baru. 

semakin hari semakin manja dengan kembang, tidur dalam sangkar kembang sama2, tidur ditilamsama, main menyorok2, lari sana sini, masa makan berebut sama2 macam bergaduh bunyinya. adik nonat paling suka makan ikan rebus dan d gaulkan bersama nasi, siap masuk dengan tangan2 sekali  ke dalam mangkuk makanan. apa yang kita makan pasti dia mahu... begitulah  kehidupan seharian2 mereka...


hari yang ke 19 nonat mula tidak sihat. yang dulu aktif terus terdiam. nak  di bawa berjumpa doktor veterina tidak boleh kerana hari ahad cuti. ke esokkan harinya tepat jam 5 pagi nonat mengiau memanggil kami sekeluarga saat dia mahu menghembuskan nafas terakhir. namun tiada siapa yang mampu bangun dan terasa sangat mengantuk... akhirnya...........
nonat kembali kepada maha pencipta, matanya terjaga kerana mahu melihat kami sekeluarga.

tepat jam 6 pagi terdengar raungan ibu, aku mula bangun kuatiri dengan ayah. tetapi raungan ibu bukan kerana ayah tetapi nonat telah pergi meninggalkan kami semua buat selama2nya... ibu beri kepada ku, aku kucup di dahinya sepuas2nya, peluk, belai. namun tiada suara juga di dengar.. hati terasa lemah longlai. terasa mahu mengambil cuti hari itu, aku pergi kerja hati hati teringatkan dia. air mata tubir, kawan2lah yang mengembirakan aku. terkilan kerana tidak sempat bawa jumpa veterina dan bercadang mahu membawanya pada hari isnin namun tidak sempat

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi, aku yakin itu. sayang aku sekeluarga pada nonat, sayang lagi allah kepadanya. aku sekeluarga tidak mampu melawan suratan takdir yang telah di tentukan. apa yang telah kami sekeluarga beri pada nonat, kami halalkan n ikhlas dari hati yang luhur dunia dan akhirat.... tujuan kami menjaganya untuk memberi peluang kehidupan yang lebih baik dari terabai di luar sana.

nonat......
walaupun kau cuma seekor binatang,
yang bernama kucing,
hanya pencinta kucing,
sahaja tahu erti nilai seekor kucing,
biarlah apa orang nak kata
sama ada gila atau sebaliknya
janji allah tahu betapa
kasihnya aku sekeluarga
pada kau nonat....

aku sekeluarga doakan semoga kau berbahagia di tempatkan di taman2 syurga. dan sedang bermain bersama para nabi kesayangan allah. in shaa allah.. jika di izinkan oleh allah, suatu hari nanti, kita akan bertemu semula di syurga... ya allah, sampaikan salam rindu kami sekeluarga pada adik nonat... yang kami terlalu merinduinya... 

tiada penganti yang bisa mengantimu, nonat............


bersemadimu di sini


1 comment:

  1. Anda dipersilakan untuk ACCESS LOANS FIRM di sini, kami memastikan Anda mendapatkan pinjaman terbaik untuk bisnis Anda atau membayar tagihan Anda. Jawab saja beberapa pertanyaan sederhana dan penuhi persyaratannya. Hubungi kami sekarang untuk pinjaman 3% untuk semua pinjaman, mudah, cepat, dan aman. Melalui email: accessloansfirm@gmail.com

    PINJAMAN TERSEDIA YANG KAMI TAWARKAN ADALAH;

    * Pinjaman Pribadi dan Pinjaman Perumahan,
    * Renovasi rumah dan tagihan Rumah Sakit
    * Pembesaran Bisnis
    * Refinancing Ekstensi Pertanian dan Penambangan Emas
    * Proyek pembiayaan dengan kebutuhan keuangan yang lebih tinggi
    * Pinjaman Bisnis dan Pinjaman Investasi

    INFORMASI KONTAK ADALAH;

    KANTOR KEPALA (accessloansfirm@gmail.com)

    WHATSAPP: +12342018860

    Pinjaman yang baik dimulai dengan Pinjaman yang lebih baik

    ReplyDelete