.

.
AKHLAK BUKAN PAPARAN MATA TAPI PAPARAN HATI

Monday, 1 December 2014

mengharap mardhotilah dan keredhaan ibubapa










         

      Terimbas kembali memori lama, setiap apa yang dilakukan pasti akan menanyakan pada ayah dan ibu boleh atau tidak. aku bukanlah seperti anak gadis lain bebas untuk ke sana sini dengan rakan sebaya. hidupku sekolah dan di rumah apabila sudah menamatkan zaman persekolahan tempat kerja dan rumah. dahulu pernah seorang kawan menanyakan kepada aku. tidak bosankah duduk di rumah, bagiku tidak bosan kerana rumah ku syurgaku. pergerakan ku terbatas dan terkawal. ayah juga meminta kawan-kawanya memerhati tingkahlaku ku. walaupun aku anak tunggal semua kemahuan ku tidaklah di turuti dengan sewenang-wenangnya walaupun aku anak tunggal. Paling terkesan di hatiku semasa mula berkawan dengan lelaki. ayah pernah berkata, nak kawan tiada masalah tapi kena berhati, jangan buat perkara yang tidak senonoh dan boleh memalukan ibu dan ayah. nanti ayah heret adik depan kawan-kawan dan cikgu di tapak perhimpunan.

  Mungkin kata-kata itu menjadi aku manusia. masih tersemat di dada sehingga hari ini.  Lama kelamaan aku mengerti mengapa ibubapaku mengawal setiap tingkah laku, sikap, adap dan sebagainya. Tiada siapa yang tidak mahukan anaknya yang terbaik semua mahu termasuk ibubapaku tambahan aku adalah satu-satunya anaknya. Aku menyambung persekolah selepas spm iaitu stpm atas permintaan ayah aku. Bagiku tidak mengapalah berkorban demi hajat ibubapaku meski pon saat itu aku mahu menyambung dalam bidang designer. sebab itulah impianku, jika tidak apalah gunanya aku belajar seni. Setelah setahun aku menuntut ilmu di sana. Aku di uji permasalah keluarga, dan persahabatan sehinggakan mahu berhenti.

          Syafiza banyak mempertahankan aku, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku. tawaran telah di terima ku lihat wajah ayah ku, ku lihat wajah kasih ibuku. tidak sanggup aku mahu meninggalkan mereka. Ayah menawarkan sama ada mahu sambung atau tidak. akhirnya, aku memilih tidak. tawaran kerja di kawasan kediaman aku pula yang di terima, sekali lagi aku meminta restu, mereka merestukan langkah ku. setiap yang aku lakukan memerlukan restu dari ibubapaku. jika aku berselindung daripada mereka pasti akan berakir dengan kehampaan. 

       Aku di besarkan dengan kehidupan yang susah, mendidik aku untuk bersederhana bukan brmewah-mewahan. apa yang ku ingin pasti aku menabung untuk mendapatkannya. cara ayah mendidik ku untuk menjadi manusia berguna, dia tidak mahu aku boleh berdidikari sendiri. kalau ayah dan ibu kata atau suruh buatlah jangan bantah jika mahu keredhaan. nasihat aku pada adik-adik jangan membangkang cakap ibu dan ayah walupun sekali, jangan buat sesuatu tanpa restu mereka. ingat masa kita kecil siapa yang jaga siang dan malam. kadang-kadang kita menangis kelaparan, ibu bangun menyusukan kita. kadang-kadang ibu sibuk, siapa yang jaga kita? ayah! ingat susah payah mereka membesarkan kita. tanpa mereka kita tidak wujud di muka bumi ini. kadang-kadang kita kata ibubapa kita mengongkong kita dan menyebabkan mengundangnya kemarahan ibubapa sama ertinya kita mengundang kemarahan dan kemurkaan allah. allahu akhbar......

“Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya
bererti dia membuat Allah redha kepadanya. (Riwayat Baihaqi)

     Kadang kala kita ada membuat sesuatu yang boleh menguris perasaan mereka. ada kalanya mereka tidak menunjukkan yang mereka berkecil hati dengan tingkah laku kita. bila ada sesuatu yang terjadi baru mereka menyebut kembali. kita sebagai anak wajib menjaga tingkah laku, nada suara, peribadi, menjaga nama baik mereka dan inilah kewajipan kita setiap masa Sebagaimana firman allah

“Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun “Uh”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).” (Al-isra’ :23)

   
   Cuba kita bayangkan masa mereka menjaga kita semasa kecil dengan banyak ragam, tidak sihat, kelaparan. nyamuk tidak boleh langsung dekat dengan kita, habis di lepuk sana sini. adakalanya kita terjaga di tengah malam, menangis teresak-esak, ibu atau ayah bangun dodoi dan beri susu. 
   
    Lihat raut wajah tua ibu bapamu, sanggupkah kau melukakan hati mereka? sanggupkah kau melihat mereka kecewa? sanggupkah kau melihat mereka menangis? sanggupkah kau membuat dosa untuk mereka? sanggup nak buat sesuatu tanpa keredhaan ibubapa? sanggupkah kau menghadapi kemurkaan Allah s.w.t? sanggupkah kau wahai anak?
     
     Dalam enteri sebelum ini pernah ku ceritakan aku keluar tanpa keredhaan ibuku? apa yang telah jadi padaku? kemalangan dan hilang ingatan selama sehari. ibu lahirkan kita, menyusukan kita, rapat dengan kita semua ibu. tolong dengar nasihat ibu... apa yang mereka katakan semua benar. 9 bulan kita duduk dalam perut ibu dari awal kita rapat dengan dia, bila kita dah besar kita ketepikan ibu, astagfirullah al-azim.....
   
  Ayah selalu mengingatiku, nak lakukan sesuatu minta izin dahulu, jika perkara baik mahu dilakukan tidak di larang. carilah keredhaan ibubapa bila kita dah dapat baru boleh perolehi keredhaan Allah. hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada, usah biarkan kita terkilan apabila bila melihat ibubapa terbujur kaku. jagalah mereka sebaik mungkin, sama seperti mereka menjaga kita semasa kecil. ucapkan kata sayang, tautkanlah bimbit cinta dan rantaikanlah dengan kasih sayang bersama mereka. semoga keredhaan ibubapa menjadi milik kita, dan keredhaan allah juga, in shaa allah





    inilah cinta hati azie, ayah bekas pesakit strok. semasa umur azie 2 tahun ayah sudah mula sakit. semangat ayah kuat untuk terus hidup, sehingga hari ini ayah masih berubat untuk pulih. ibu, sakit pinggang selepas melahirkan azie. bertahun-tahun ibu menahan sakit dan akhirnya pinggang terpaksa di operate juga. tiada siapa tahu betapa perit aku di besarkan, dan di uji dengan pelbagai ujian selain dari allah yang mengetahui segala-galanya

     ya allah, kau berilah aku peluang untuk berbakti pada ibubapaku. menjaga mereka seperti mereka menjaga ku semasa kecil. kau haramkanlah api menjilat tubuh badan ibubapaku. kau berikanlah syurga pada mereka. mereka semangat yang aku ada, harta ku di dunia dan akhirat tiada galang gantinya. akhir kata, kita sebagai seorang anak mintalah restu setiap apa yang kita lakukan untuk memperoleh keredhaan allah. jika ibubapa kita redha, in shaa allah kita akan berjaya melakukan apa yang kita lakukan.