.

.
AKHLAK BUKAN PAPARAN MATA TAPI PAPARAN HATI

Saturday, 29 November 2014

hadiah istimewamu




       Syukur alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk hidup di muka bumi ini. masih lagi berpeluang untuk merebut membuat pahala, amal kebajikan, berbakti pada ibubapa, dan peluang untuk bertaubat sebelum malaikat maut datang menjemput. sebagai hamba allah yang kita harus ingat "kullu nafsin dzaa, iqatul maut" setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

       Salah seorang sahabat saya pernah berkata "beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat. Bila azie dah dapat hidayah Allah tolong jangan sia-siakan, lepas nie kita tak tahu bila kita dapat lagi. Ya Allah, mungkin selama ini aku banyak mengabaikan perintahmu dan mungkin ini juga kau mahu menunjukkan kepadaku betapa pentingnya restu ibubapa.

      14.08.2014 tarikh dan peristiwa yang tidak mungkin aku lupa dalam diari hidupku. Allah telah memilihku untuk menguji dan menerima hidayah darinya. tepat jam menunjuk pukul 1.00ptg aku menarik pintu kedai untuk di tutup. seperti biasa waktu rehat mandi, tukar pakaian, solat, makan dan bersiap-siap untuk kembali membuka kedai semula. semasa aku tengah bersiap-siap langit sudah mendung dan hujan turun selebat-lebatnya. aku risaukan peti ais yang tidak di tutup apinya. takut akan rosak, hati semakin resah. ibu kata selalunya aku tidak marah jika hujan turun tapi kali ini aku seolah-olahnya bukan diriku sendiri. aku resah dan mundar mandir. aku sarungkan jaket dan halmet apabila hujan sudah reda sedikit, ibu pesan jika sudah sampai beritahunya. kilat dan petir memancar-mancar.

     Aku tunggang motosikal ku dengan berhati-hati kerana jalan licin. malang tidak berbau dan ini mungkin takdir yang mengheret hati ku sehingga aku begini. sudah hampir sampai ke tempat kerjaku, aku terpaksa melalui bonggol jalan, tiba2 motosikal yang aku tunggang tidak boleh kawal. break tidak makan mungkin di sebabkan percikkan air hujan. menyebabkan aku dan motosikal rebah dan masih bernasib baik juga  sebab ada yang menyelamat dan aku pakai halmet. mujurlah ada jiran yang nampak dan membawa aku berteduh, selepas aku stabil, di suruh aku pulang ke rumah.

     Allah maha kaya, aku masih ingat jalan kembali ke rumah. ibu terkejut kerana dengar bunyi motosikal ku. Dalam hati ibu berkata pasti aku tertinggal kunci sebab kebiasaannya begitu. aku ketuk pintu dan ibu membukanya. ayat yang terkeluar dari mulut ibu "astagfirullah al-azim adik kenapa nie? kenapa hidung adik berdarah? adik jatuh ke? ada orang pukul adik ke? bertubi-tubi soalan di ajukan kepadaku. sepatutnya aku menjawab soalan yang ibu utarakan tapi sebaliknya aku menanyakan kepada ibuku kembali kenapa dengan aku, kenapa hidungku berdarah.

       Ibu keluar dari pintu rumah melihat pada motosikal ku adakah yang patah atau berkesan menunjukkan aku jatuh tetapi jawapan gagal di temui. ibu memberi aku telefon mudah alihku untuk menelefon majikanku, berkali2 aku cuba memasukkan kata laluan pada telefonku. akhirnya berjaya, ingatan ku hilang seketika. aku mendail nombor telefon majikan ku dan ibu yang memberitahu padanya aku kemalangan dan hilang ingatan. Dan lagi setengah jam saya sampai mak cik.

      Aku digantikan baju oleh ibu, aku memang tidak sedar dan ingat kejadian itu. walaupun aku cuba paksa diri untuk mengingatinya kembali tetapi usahaku gagal. akhirnya majikan aku sampai di rumahku. ibu membawa aku keluar dari bilik. selepas dia tanya apa yang telah berlaku aku meminta izin untuk masuk kebilik dan berehat semula. tidak lama dari majikan aku pulang. kak rozi jiran di kedai datang pula. masa borak2, ibu cakap majikanku baru pulang dari melawat. sekali lagi aku bertanya kembali kepada ibu, bila dia datang melawat adik. kak rozi kata sambil ketawa "kau jangan gie, kang mak kau dia hantar kau ke hospital". selepas itu aku pergi berehat.

     Terasa perut kenyang, ibu mengejutku untuk makan malam. ibu kata perut tidak boleh kosong sebab aku ada masalah gastrik. selepas makan aku sambung tidur semula dan ibu mendekati dan bertanyakan sama ada ingat atau tidak kejadian yang berlaku. aku  kata sakit kepala dan tidak boleh ingat semua itu.

     keesokkan harinya, aku mahu bagun tidur. aduh, sakit2nya badan, ku lihat di tangan terlihat luka dan disapu iodin. aku bangun dengan perlahan dan mengejutkan ibuku. ibu kenapa dengan adik? apa yang telah belaku. ibu cerita dari mula sehingga pengakhirannya. aku lihat muka ku di cermin, ada luka di tepi hidung.

    selepas makan tengah hari, aku menghidupkan semula telefon bimbitku. berderet mesej whatsapp yang diterima. lantas aku membalas mesej whatsapp satu persatu dan memberitahu rakan-rakan baikku perial ini. mereka datang melawat termasuk adik2 angkat ku. terima kasih kerana berkawan bukan waktu sihat dan suka2 tapi waktu sakit dan duka mereka tetap ada.

    selepas dari kejadian itu, bila aku duduk termenung seorang diri hatiku membayangkan seandainya aku mati masa kejadian. apa yang aku bawa pulang. tidak sempat untuk bertaubat kepada allah. hampir seminggu kematian membayangi aku. tidak tahu kepada siapa mahu ku luahkan. akhirnya aku memilih salah seorang dari 4 orang kawan baikku. aku meminta pandangannya tentang apa yang aku fikirkan sama ada ini hanyalah perasaan atau lamunan.

     lalu jawab kawan baikku, allah sedang memilih azie untuk di uji, allah memilih azie untuk terima hidayahnya. hidayah allah ini sangat bernilai harganya, tidak semua orang yang akan dapat. aku terdiam seketika, mungkin ada betul kata adilah. tolong jangan sia2kan hidayah yang allah beri. aku menjawab mungkin allah nak menguji azie sebab azie keluar tanpa restu ibu.

    Perubahan yang pertama aku lakukan pertukaran pakaian dan cara pemakaian. sebelum ini jika aku pakai baju t-shirt yang tangannya pendek. dan memakai inner di bahagian dlm. kaki ku tanpa stokin, tudungku dengan gaya singkat kadang2 hoodie, shawl dan sebaginya. terbuka hijabku untuk mengubah caraku. aku meminta ayah menghantarku menbeli stokin dan baju lengan panjang. aku mula mengubanya, tudung yang ku pakai tudung bawal bidang 45. kebetulan masa tu adilah cuti, dan dia memuji, cantik azie paki macam ini. lagi cantik kalau suatu hari nanti azie pakai tudung labuh katanya.

     Duduk2 termenung sambil menunggu pelanggan datang aku terfikir mahu mengantikan tudung bidang 45 ke bidang 60. bisik hatiku lebih besar dan tertup aurat dan segalanya. boleh elakkan dari pandangan ajnabi. sekembalinya adilah ke uia, aku mesej kepadanya,. aku memanggilnya dengan panggilan bonda. "bonda, azie nak tanya sedikit tetapi jangan ketawa ye. dan di balasnya, okay, apa bendenye tu, tanyalah.. azie nak beli tudung macam bonda tapi x tahu bidang berapa. dan di balas lagi, ingatkan apa yang nak ditanyakan tadi. hehehe.. bidang 60 dan bonda menawarkan diri untuk membeli tudung kerana aku tidak tahu dimana mahu mencari. dan harga yang dibeli sangat murah dan berpatutan berbanding yang dijual di sini. kerana kawasan yang aku diami tiada jual tudung bidang 60 kalau ada harganya tinggi dan 2x ganda. aku bersetuju dengan tawarannya itu.


   akhirnya aku menutup aurat dengan sempurna, kaki berstokin, pakai sarung tangan, baju longgar dan berlenggan panjang dan bertudung labuh. terasa sejuk bila memakai tudung, rasa diri terjaga rapi. keluarga ku sukakan perubahanku. terima kasih, sahabatku adilah, syafiza kamu berdua banyak membantu aku dalam penghijrhanku. tidak terbalas jasa kamu berdua, hanya allah dapat membalas jasa kamu. ibu, ayah terima kasi kerana menyokong adik sampai ke tahap ini.

    setelah apa yang berlaku, cukup membuka mata hatiku. restu itu penting walaupun nampak simple sangat2. saudara/saudari ingatlah hidup kita semuanya perlu restu dari ibubapa. bukan nak nikah je perlu restu. semua yang kita lakukan perlu restu. jika ibubapa tak restu jangan ambik mudah carilah jalan yang lain. ibubapa mana yang tak nak anaknya terbaik. syurga kita di telapak kaki ibu. jangan bagi ibubapa kita kecewa dengan sikap kita dan akhirnya kita kecundang jua.

      kepada muslimah yang ingin berhijrah carilah kawan yang boleh membimbing kita, istiqomah lakukan penghijrahan. jangan fikir pandangan manusia yang suka menilai tetapi pandanglah pada pandangan allah. allah tak pandang siapa kita yang daulu, tapi allah pandang siapa diri kita yang sekarang. subahanallah....


Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan…



jika ada niat teruskan. jangan patah kebelakang semula. dekatkan diri dengan orang-orang yang berilmu, dengar syarahan agama,  mennghadirkan diri di majlis ilmu. kuatkan semangat tekadkan dihati in shaa allah, allah akan hadirkan insan yang boleh membantu membimbing kita, ameen.